Malaysia

Piala Dunia 2026: 500 juta permintaan tiket diterima FIFA setakat ini

Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menerima lebih 500 juta permintaan tiket bagi Piala Dunia 2026 sepanjang 33 hari tempoh permohonan awal, mencatat rekod baharu dalam sejarah kejohanan itu.

Piala Dunia 2026 yang dianjurkan bersama Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada akan menampilkan 48 pasukan buat kali pertama dan menarik minat peminat dari semua 211 negara serta wilayah ahli FIFA.

Permintaan tiket disahkan menerusi data kad kredit unik, dengan purata sekitar 15 juta permintaan diterima setiap hari.

Permintaan tertinggi datang dari Jerman, England, Brazil, Sepanyol, Portugal, Argentina dan Colombia, dengan perlawanan Colombia menentang Portugal di Miami antara yang paling mendapat sambutan.

Kejohanan bermula pada 11 Jun di Mexico City dan berakhir dengan perlawanan akhir pada 19 Julai di New Jersey.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker