Malaysia
Isteri ketiga bekas PTD buang bisul esok atau lusa – Peguam

Isteri ketiga bekas Panglima Tentera Darat, Salwani Anuar @ Kamaruddin, 27, dijangka menjalani pembedahan bagi membuang bisul kronik di paha dalam masa terdekat dan akan pulang ke Kuala Lumpur untuk prosedur berkenaan.
Menurut peguamnya, Fahmi Abd. Moin, keadaan kesihatan Salwani memerlukan rawatan lanjut.
Terdahulu, dia hadir ke Mahkamah Sesyen dengan memandu sendiri sebelum dibawa masuk menggunakan kerusi roda, namun mampu berdiri ketika prosiding.
Dalam prosiding itu, Salwani sekali lagi mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM5,000 yang dimasukkan ke akaunnya.



