DuniaMalaysia

Thailand naikkan cukai EV import, lindungi model tempatan

Thailand bercadang menaikkan cukai eksais ke atas kenderaan elektrik (EV) import berbanding model yang dipasang atau dihasilkan dalam negara itu.

Langkah itu diumumkan pada 11 September sebagai usaha menggalakkan pengeluar automotif meningkatkan pelaburan dan pengeluaran EV di Thailand.

Kerajaan Thailand akan memperkenalkan struktur cukai eksais tiga peringkat, dengan kadar lebih tinggi dikenakan kepada EV yang mempunyai tahap pengeluaran atau kandungan tempatan lebih rendah.

Langkah itu turut dilihat sebagai usaha melindungi industri EV tempatan daripada persaingan model import berharga rendah, khususnya dari China, serta menggalakkan lebih banyak pembuatan dan rantaian bekalan automotif dibangunkan di Thailand.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker