Malaysia

Log masuk aplikasi MyJPJ guna MyDigital ID ditangguhkan lagi kepada Mac

Pelaksanaan MyDigital ID sebagai satu-satunya kaedah log masuk aplikasi MyJPJ bagi pengguna berusia 18 tahun ke atas ditangguhkan ke 1 Mac.

Jabatan Pengangkutan Jalan memaklumkan perkara itu menerusi hantaran ringkas di Facebook.

Sebelum ini, JPJ merancang menggantikan kaedah log masuk sedia ada bermula 1 Februari.

Pengguna bawah 18 tahun serta pemegang kad MyPR masih dibenarkan menggunakan kaedah lama melalui pautan khas dengan nombor MyKad atau MyPR 12 digit dan kata laluan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker