Malaysia
5,207 hektar tanah bukan milik mana-mana negara – Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kawasan seluas 5,207 hektar yang dibangkitkan Indonesia bukan milik mana-mana negara sebelum ini kerana ia berada dalam zon rundingan sempadan yang belum dimuktamadkan.
Beliau berkata kawasan berkenaan memang tertakluk kepada proses penentuan sempadan sejak sekian lama, justeru tidak wajar dianggap hak eksklusif mana-mana pihak.
Anwar turut menegaskan proses penetapan sempadan Malaysia–Indonesia tidak dibuat berdasarkan prinsip pampasan, timbal balik atau keuntungan, sebaliknya berpandukan konvensyen dan perjanjian antarabangsa sedia ada.
Penjelasan itu dibuat dalam taklimat menteri di Dewan Rakyat bagi memperincikan isu tuntutan melibatkan kawasan terbabit.




