Malaysia

Azam Baki pegang saham RM800,000 syarikat perkhidmatan, didesak isytihar harta segera

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dilaporkan memiliki 17.7 juta saham dalam Velocity Capital Partner Bhd, sebuah syarikat perkhidmatan kewangan tersenarai di Bursa Malaysia, berdasarkan pemfailan korporat kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Menurut laporan Bloomberg, pegangan saham itu dianggarkan bernilai hampir RM800,000 berdasarkan harga penutupan dagangan terkini dan masih tersenarai atas nama Azam dalam daftar pemegang saham SSM setakat minggu ini.

Namun, tidak dapat dipastikan bila saham tersebut diperoleh dan syarikat itu belum mengemukakan penyata tahunan terbaharu.

Azam, SPRM dan Velocity Capital dilaporkan tidak memberikan sebarang komen berhubung perkara tersebut.

Di bawah pekeliling kerajaan 2024, penjawat awam dibenarkan memiliki saham dalam syarikat tempatan tertakluk kepada had maksimum lima peratus atau RM100,000, yang mana lebih rendah, serta wajib mengisytiharkan aset secara berkala.

Setakat ini, Azam masih belum mengisytiharkan asetnya secara terbuka, walaupun desakan berterusan daripada kumpulan antirasuah agar pengisytiharan aset diwajibkan kepada umum.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker