Malaysia

Kematian 5 sekeluarga: Sultan Pahang titah rakyat peka perubahan individu sekeliling

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menzahirkan dukacita dan kekecewaan mendalam terhadap kejadian pembunuhan tragis membabitkan sebuah keluarga di Taman Cherating Damai, Kuantan.

Baginda menyifatkan insiden itu sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan menyeru rakyat supaya lebih peka terhadap perubahan tingkah laku individu di sekeliling serta tidak mengabaikan tanda-tanda yang boleh membawa kepada kejadian tidak diingini.

Baginda turut mengajak rakyat menghadiahkan bacaan al-Fatihah kepada mangsa yang terkorban.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuannya sebelum ditemui mati.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, mengesahkan empat mayat ditemui dalam sebuah bilik manakala seorang wanita ditemui di dapur dalam keadaan berlumuran darah.

Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker