Malaysia
Luruan Monsun berpanjang mulai esok berpotensi ribut petir berpanjangan

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan luruan angin monsun dari 19 hingga 23 Februari ini yang berpotensi membawa cuaca lebih lembap, ribut petir dan hujan lebat berpanjangan di Sabah serta Sarawak.
Keadaan itu turut dijangka menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan, dengan Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora dikeluarkan bagi tempoh 18 hingga 21 Februari 2026.
Orang ramai dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat terkini melalui laman web dan media sosial rasmi MetMalaysia serta aplikasi myCuaca.




