Dunia

Trump umum dana AS$17 bilion untuk pembinaan semula Gaza

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengumumkan sembilan negara berikrar menyumbang AS$7 bilion kepada dana pembinaan semula Gaza pada mesyuarat Lembaga Keamanan di Washington, manakala AS sendiri akan menyalurkan AS$10 bilion.

Antara negara terlibat ialah Kazakhstan, Azerbaijan, Emiriah Arab Bersatu, Maghribi, Bahrain, Qatar, Arab Saudi, Uzbekistan dan Kuwait.

Beberapa negara termasuk Indonesia, Maghribi, Kazakhstan, Kosovo dan Albania turut bersetuju menghantar pasukan penstabilan ke Gaza, manakala Mesir dan Jordan akan melatih anggota polis Palestin.

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, menyatakan kesediaan menghantar sehingga 8,000 anggota.

Mesyuarat itu disertai lebih 40 negara dan Kesatuan Eropah sebagai sebahagian usaha pelan damai untuk menamatkan konflik Israel-Gaza.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker