Mengapa makan kurma perlu dalam bilangan ganjil? Boleh bawa diabetes ke?

Setiap kali Ramadan, timbul perdebatan sama ada makan kurma mesti dalam jumlah ganjil kerana dikatakan jika makan genap, gula akan terus “bertukar” jadi lemak atau memudaratkan kesihatan.
Hakikatnya, dari sudut sains pemakanan, sistem pencernaan manusia tidak mengenal nombor ganjil atau genap. Tubuh hanya memproses jumlah dan komposisi makanan yang diambil. Sebiji kurma mengandungi kira-kira 5 hingga 8 gram gula semula jadi.
Jika makan dua biji, badan memproses jumlah gula tersebut. Jika makan tiga biji, jumlah gula yang diproses adalah lebih tinggi.
Menurut Public Health Malaysia (PHM), amalan mengambil kurma dalam bilangan ganjil adalah sunnah dan digalakkan sebagai amalan ibadah, bukan kerana faktor sains atau perubahan kimia tertentu dalam badan.
Bagi individu yang menghidap diabetes, kawalan saiz hidangan lebih penting berbanding mengejar nombor ganjil.



