“Jangan datang sini lagi!” Pempengaruh UK dikecam sifatkan orang Thailand sombong, tak fasih berbahasa Inggeris

Seorang pempengaruh dari United Kingdom mencetuskan kontroversi selepas memuat naik video menyifatkan kebanyakan penduduk Thailand sebagai kurang mesra dan sukar berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.
Dalam video yang tular dengan hampir 400,000 tontonan, pempengaruh berkenaan menyatakan walaupun dia menyukai Thailand, pengalamannya berdepan penduduk yang tidak cuba memahami pelancong meninggalkan kesan negatif.
Rakaman itu menimbulkan reaksi netizen yang pelbagai, ada yang mengecamnya dan ada yang mempertahankan rakyat Thailand, menegaskan bahawa pelancong juga perlu menyesuaikan diri dan menggunakan aplikasi terjemahan apabila menghadapi halangan bahasa.
Kisah ini kembali membuka perbincangan tentang perbezaan budaya, halangan bahasa dan tanggungjawab pelancong serta komuniti tuan rumah ketika melancong.




