Suspek cuba tembak pegawai AKPS ditahan tidak sampai 24 jam

Suspek yang melepaskan tembakan terhadap kenderaan komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam semalam ditahan polis tidak sampai 24 jam.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata ketika ini proses soal siasat sedang dijalankan.
Beliau berkata banyak ancaman terkait sempadan antaranya merangkami jenayah rentas sempadan, penyeludupan senjata, penyeludupan dadah, penyeludupan manusia, pendatang asing tanpa izin (PATI) dan jenayah bersindiket.
Semalam, kenderaan Proton X70 yang dinaiki Komander AKPS Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir, ditembak dengan dua das tembakan.
Dalam kejadian jam 5.40 pagi itu, dua lelaki bermotosikal menghampiri kereta Proton X70 dipandu Nasaruddin ke masjid untuk menunaikan solat Subuh dan melepaskan beberapa das tembakan.




