Malaysia
Pemilik Proton Perdana pening tunggu alat ganti hampir setahun

Seorang pemilik Proton Perdana meluahkan rasa kecewa apabila kenderaan miliknya tersadai lebih tujuh bulan di bengkel akibat kemalangan dan tidak masuk akal kerana kereta belum melangkau usia 10 tahun.
Pada masa sama, dia menggesa pihak pengeluar Proton untuk memberikan jawapan kepada isu ketiadaan alat ganti di seluruh negara.
Rata-rata yang menyuarakan pendapat di ruangan komen memberitahu, model yang dihasilkan daripada platform Honda Accord itu sememangnya ‘rare’ kerana produksi terhad.
Malah ada mempertikaikan mengapa salahkan Proton jika sendiri tahu model tersebut memang lain daripada yang lain.



