Dunia
Iran terus ditekan Israel, lebih 20 terkorban di Dataran Niloofar

Serangan udara baharu menggegarkan Tehran awal pagi Isnin, dengan lebih 20 orang dilaporkan maut di Dataran Niloofar, kawasan padat penduduk di barat daya ibu kota Iran.
Letupan turut dilaporkan di timur dan barat negara itu, mencetuskan kebimbangan sasaran kini melibatkan kawasan awam selain kemudahan strategik.
Serangan awal bermula di kawasan Pasteur yang menempatkan pejabat kepimpinan tertinggi negara sebelum merebak ke beberapa lokasi lain.
Beberapa bangunan kediaman musnah atau rosak teruk, manakala pasukan kecemasan dikerahkan untuk mengeluarkan mangsa dari runtuhan.




