Dunia
Serang balas Iran sasar Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, Burj Al Arab

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai dan hotel ikonik Burj Al Arab mengalami kerosakan susulan serangan balas Iran yang melanda beberapa negara Teluk dan Asia Barat, melepasi sasaran pangkalan serta kepentingan Amerika Syarikat.
Empat individu dilaporkan cedera di lapangan terbang berkenaan. Pihak berkuasa memaklumkan sebuah ruang legar di Dubai International mengalami kerosakan kecil namun keadaan berjaya dikawal segera.
Sebuah dron turut dipintas, manakala serpihannya menyebabkan kebakaran kecil pada bahagian luar Burj Al Arab.
Dubai merupakan hab pelancongan dan perdagangan utama Asia Barat, manakala lapangan terbangnya antara yang paling sibuk di dunia.




