Dunia
Misi Global Sumud Flotilla 2.0 kumpul peserta Melayu, Cina dan India

Malaysia menghantar delegasi berbilang bangsa untuk menyertai Global Sumud Flotilla 2.0 (GSF 2.0), misi kemanusiaan ke Gaza, termasuk Melayu Muslim, Cina dan India, dengan penyertaan kru kapal, doktor, sukarelawan serta individu bukan Islam.
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Datuk Dr. Ahmad Sani Abdul Alim Araby, menekankan penyertaan pelbagai kaum ini mencerminkan Malaysia sebenar yang bersatu atas prinsip kemanusiaan.
Misi diketuai Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, dan akan menghantar 30 kontena berisi 374 tan bantuan ke Gaza.
Antara peserta misi termasuk pendakwah bebas PU Rahmat, PU Amin, Imam Muda Asyraf serta beberapa wakil media.




