Malaysia

Wujud gerakan terancang, disusun sehingga PRU-16 demi jatuhkan kerajaan – PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan wujud gerakan terancang untuk menjatuhkan kerajaan susulan siasatan rasuah berskala besar oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau berkata siasatan awal mendapati perancangan itu dirangka sejak Ogos tahun lalu dan disusun sehingga menjelang pilihan raya umum akan datang, dengan sokongan dana besar serta penglibatan pihak dalam dan luar negara.

Menurutnya, gerakan itu termasuk mengadakan beberapa pertemuan di dalam dan luar negara, bekerjasama dengan pertubuhan antarabangsa serta media asing bagi membina naratif yang boleh menjejaskan kredibiliti kerajaan.

Polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan berhubung dakwaan cubaan menggugat kerajaan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker