Malaysia
Semua Ahli Parlimen PH hadir sokong RUU Perlembagaan, namun tetap tiada majoriti

Semua Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) hadir dan mengundi menyokong Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun.
Bagaimanapun, pindaan itu tetap gagal diluluskan apabila hanya memperoleh 146 undi menyokong, dua kurang daripada majoriti dua pertiga yang diperlukan iaitu 148 undi daripada 222 Ahli Parlimen.
Seramai 44 ahli berkecuali manakala 32 lagi tidak hadir, menyebabkan usaha meminda Perlembagaan bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri tidak berjaya.




