Malaysia

Kemelut Negeri Sembilan diwarisi pentadbiran lama – Ismail Lasim

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim, berkata krisis yang berlaku di negeri itu ketika ini merupakan masalah yang diwarisi daripada pentadbiran terdahulu.

Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata isu berkenaan berpunca daripada kegagalan menyelesaikan proses berkaitan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.

Ismail turut menegaskan kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa untuk menentukan soal takhta secara sendiri kerana perkara itu tertakluk kepada Adat Perpatih, Undang-Undang Tubuh dan bidang kuasa institusi berkaitan.

Beliau pada masa sama meminta semua pihak menghormati bidang kuasa Negeri Sembilan dan menegaskan kerajaan negeri akan mematuhi sebarang keputusan muktamad melalui proses undang-undang dan perlembagaan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker