Malaysia

MyNIISE tidak wajib, hanya usaha modenkan pintu masuk negara – Menteri

Penggunaan Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (MyNIISe) yang akan diperluas di pintu masuk negara pada awal suku kedua tahun ini tidak diwajibkan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Shamsul Anuar Nasarah, memaklumkan kerajaan masih mengekalkan kaedah sedia ada seperti pemeriksaan pasport di kaunter, penggunaan autogate dan pengesanan biometrik bagi memberi pilihan kepada rakyat serta pengembara.

Beliau menjelaskan tiada tarikh rasmi ditetapkan untuk mewajibkan penggunaan MyNIISe dan pelaksanaannya akan dibuat secara berperingkat.

Dakwaan bahawa sistem itu akan menggantikan MyBorderPass juga tidak tepat, kerana aplikasi tersebut sebelum ini hanya dilaksanakan sebagai langkah sementara bagi mengurangkan kesesakan.

Pelaksanaan MyNIISe bertujuan memperkemas pengurusan imigresen selaras peningkatan pergerakan rentas sempadan, cabaran keselamatan global dan usaha memodenkan sistem mengikut amalan terbaik antarabangsa.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker