Malaysia

Anwar cadang perpustakaan ISTAC jadi ruang khas peringati Syed Muhammad Naquib

Kerajaan sedang meneliti cadangan menjadikan perpustakaan di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) sebagai ruang khas bagi memperingati sumbangan tokoh pemikir Islam, Allahyarham Tan Sri Prof Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pemergian tokoh intelektual itu merupakan kehilangan besar kepada negara dan dunia keilmuan Islam, khususnya dalam bidang pemikiran, falsafah serta sejarah kebudayaan Melayu.

Anwar berkata demikian selepas menghadiri solat jenazah Allahyarham di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail.

Syed Muhammad Naquib meninggal dunia pada usia 94 tahun dan dikenali sebagai antara sarjana Islam paling berpengaruh di dunia Melayu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker