Malaysia
Penjawat awam antara 8 ditahan ponteng puasa di pusat snuker

Seorang penjawat awam antara lapan lelaki beragama Islam ditahan kerana ponteng puasa dan terlibat kegiatan judi di sebuah pusat snuker di Jalan Raja Ekram, Ipoh semalam.
Serbuan dilakukan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) menerusi Ops Ponteng selepas risikan selama seminggu.
Lima individu berusia 36 hingga 59 tahun ditahan kerana tidak menghormati Ramadan, manakala tiga lagi disiasat atas kesalahan berjudi dan bersubahat.
Turut ditahan seorang pekerja bukan Islam yang dipercayai bersubahat menyediakan makanan di premis berkenaan. Semua individu dibawa ke pejabat penguat kuasa JAIPk untuk siasatan lanjut.




