Hab eksport 95% minyak dunia di Iran, dibom AS

Situasi di Timur Tengah kini mencetuskan kebimbangan global selepas Amerika Syarikat melancarkan serangan udara besar-besaran ke atas Pulau Kharg, Iran, sebentar tadi.
Presiden Donald Trump mengesahkan bahawa operasi tersebut telah memusnahkan sepenuhnya semua sasaran ketenteraan di pulau strategik itu, termasuk sistem pertahanan udara dan pangkalan tentera laut.
Iran dalam kenyataan balas memberi amaran keras bahawa sebarang serangan terhadap aset tenaga mereka akan dibalas dengan pemusnahan semua fasiliti milik AS di seluruh rantau itu.
Keadaan kini amat tegang memandangkan Pulau Kharg merupakan nadi ekonomi Iran yang menguruskan hampir 95% eksport minyak negara tersebut.
Sebarang serangan susulan dijangka akan mengheret dunia ke krisis tenaga dan peperangan yang lebih luas.




