Netanyahu masih bernyawa, nafi khabar angin mangsa serangan Iran

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu tampil menafikan khabar angin kononnya beliau terbunuh dalam serangan Iran selepas memuat naik video baharu di sebuah kafe berhampiran Jerusalem.
Video itu dimuat naik bagi menjawab dakwaan tular di media sosial yang mendakwa beliau telah meninggal dunia dan penampilan televisyennya sebelum ini dihasilkan menggunakan kecerdasan buatan (AI).
Dalam rakaman tersebut, Netanyahu turut menunjukkan kedua-dua tangannya bagi menepis spekulasi video terdahulu yang kononnya memaparkan enam jari dan didakwa sebagai rakaman palsu.
Pada masa sama, agensi berita Iran Islamic Republic News Agency melaporkan pihak tentera negara itu berikrar untuk memburu Netanyahu ketika ketegangan antara kedua-dua negara terus memuncak.




