Kerajaan bermesyuarat hari ini, nilai kesan konflik Asia Barat

Kerajaan hari ini mengadakan mesyuarat khas bagi menilai kesan konflik Asia Barat, dengan Majlis Keselamatan Negara memaklumkan pendekatan menyeluruh dan terselaras sedang digerakkan.
Sidang khas dipengerusikan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu menjadi asas kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negara yang turut bersidang hari ini untuk merangka langkah susulan, khususnya menangani impak ekonomi global termasuk turun naik harga minyak.
Kerajaan juga terus memainkan peranan diplomatik dengan mengadakan perbincangan bersama beberapa pemimpin antarabangsa, selain menyokong usaha meredakan ketegangan melalui rundingan.
Dalam masa sama, aspek keselamatan negara diperkukuh merangkumi pemantauan risikan, kekangan penyeludupan bahan api serta keadaan anggota MALBATT di Lubnan.



