Malaysia

Pemandu Alza tular isi RON95 dalam tong beri amaran tindakan undang-undang

Seorang nelayan yang tular mengisi RON95 ke dalam tong memberi amaran akan mengeluarkan surat tuntutan (LOD) terhadap pihak yang terus memburukkannya, sambil menegaskan pembelian itu dibuat secara sah.

Individu dikenali Halim Idris memaklumkan beliau memiliki permit Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang membenarkan pembelian sehingga 100 liter sehari.

Isu itu timbul selepas video di sebuah stesen minyak di Bayan Lepas yang menunjukkan lelaki yang memandu Perodua Alza mengisi minyak RON95 ke dalam tong sehingga mencetuskan perdebatan.

Susulan aduan, KPDN Pulau Pinang menjalankan siasatan dan mengesahkan individu berkenaan mempunyai permit sah serta tidak melakukan kesalahan.

Pihak berkuasa turut menjelaskan pembelian melebihi 20 liter ke dalam tong memerlukan permit khas dan orang ramai diminta tidak membuat spekulasi.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker