Malaysia

Pengurangan feri di Langkawi kerana diesel mahal bakal jejas pelancongan – NGO

Catuan jadual feri dari Pulau Langkawi ke tanah besar dibimbangi menjejaskan penduduk dan sektor pelancongan.

NGO Anak Muda MADANI Kedah menggesa Kementerian Pengangkutan Malaysia campur tangan segera, susulan kekurangan perjalanan yang menyukarkan orang ramai termasuk pelajar pulang.

Pengusaha feri mengurangkan operasi daripada lima kepada tiga perjalanan sehari selepas Aidilfitri, berikutan kos diesel yang meningkat mendadak.

Jika berlarutan, situasi ini dijangka memberi kesan lebih besar kepada mobiliti penduduk dan ekonomi pelancongan Langkawi.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker