Malaysia
Fenomena air sungai warna hijau di Kelantan akibat terlalu panas

Perubahan air sungai di Kelantan yang bertukar kehijauan dan paras semakin menyusut ketika ini bukan tanda sungai makin bersih, sebaliknya berpunca daripada cuaca kering berpanjangan yang menekan ekosistem.
Ketua Kumpulan Penyelidikan Ketahanan Iklim, Air dan Alam Sekitar, Fakulti Sains Bumi, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof Madya Dr Mohamad Faiz Mohd Amin menjelaskan keadaan itu berkait rapat dengan kekurangan hujan.
Menurutnya, ketika musim hujan, Sungai Kelantan biasanya keruh akibat sedimen tinggi daripada hakisan.
Namun apabila hujan berkurang, aliran sungai menjadi perlahan, hakisan menurun dan jumlah sedimen terampai juga berkurang menyebabkan air kelihatan lebih jernih atau kehijauan.




