Kerajaan digesa hukuman mati pemandu mabuk

Kerajaan digesa menilai semula hukuman mati terhadap pemandu mabuk yang menyebabkan kematian susulan kemalangan maut di Klang, semalam.
Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, insiden itu mencerminkan kecuaian melampau dan hukuman sedia ada dilihat masih tidak cukup berkesan sebagai pencegah.
Beliau turut mendesak pindaan undang-undang, penguatkuasaan lebih ketat serta peningkatan kesedaran awam, sambil menegaskan pemanduan dalam keadaan mabuk berisiko tinggi meragut nyawa.
Dalam kejadian di Jalan Raya Barat itu, seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh kereta dipandu lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah.
Mangsa meninggal dunia di lokasi, manakala suspek yang didapati positif alkohol dan dadah telah ditahan. Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.




