Malaysia

Wartawan Tamil antara 10 ditahan kes pecah masuk tapak pembinaan kilang

Seorang wartawan portal bahasa Tamil antara 10 individu ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menceroboh masuk ke tapak pembinaan kilang di Kulim Hi-Tech Park (KHTP), Kulim Rabu lepas.

Ketua Polis Kedah Datuk Adzli Abu Shah berkata lapan daripada mereka ditahan pada Sabtu lepas, manakala dua lagi ditahan pada Isnin.

Pada 26 Mac lepas, sekitar 3.15 petang, dianggarkan sebanyak 10 hingga 12 individu yang menaiki lapan kereta telah menerjah masuk ke tapak kilang berkenaan yang sedang dalam pembinaan.

Dua pengawal keselamatan yang bertugas di situ telah menghalang mereka daripada memasuki kawasan tapak, namun tidak diendahkan.

Mereka tidak berpuas hati dan mempertikaikan tindakan mengambil pekerja luar sedangkan masih ramai pekerja tempatan yang layak bekerja di situ.

Kesemua mereka berusia antara 20-an hingga 40-an itu ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker