Malaysia
SARA bulanan mula dikreditkan, libatkan 200,000 penerima baharu

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bulanan mula dikreditkan hari ini kepada semua penerima yang layak, termasuk kira-kira 200,000 penerima baharu di bawah Belanjawan 2026.
Inisiatif ini bertujuan membantu meringankan beban kos sara hidup, khususnya dalam kalangan golongan berpendapatan rendah.
Penerima boleh menyemak baki dan status kredit melalui laman web rasmi sara.gov.my atau aplikasi MyKasih.
Kerajaan turut menggalakkan orang ramai mendapatkan maklumat sahih menerusi saluran rasmi Kementerian Kewangan bagi mengelakkan kekeliruan.



