Malaysia

Keputusan masuk PN dipertimbang semula selepas tidak lagi diterajui Muhyiddin – MIC

Presiden MIC, Tan Sri S. A. Vigneswaran, menjelaskan permohonan parti itu untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) sebelum ini dibuat ketika gabungan itu diterajui Muhyiddin Yassin melalui Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Menurutnya, perubahan kepimpinan PN yang kini diterajui Parti Islam Se-Malaysia menyebabkan usul berkenaan perlu dibawa semula ke peringkat akar umbi untuk pertimbangan semula.

Beliau menegaskan langkah itu bukan kerana isu ekstremisme, sebaliknya bagi memastikan keputusan selari dengan pandangan ahli selepas perubahan dalam gabungan.

Dalam masa sama, Vigneswaran berkata MIC akan mengadakan mesyuarat di peringkat bahagian dan Badan Perhubungan Negeri dalam tempoh dua hingga tiga bulan bagi menentukan keputusan terkini, sebelum dipersetujui di peringkat akar umbi.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker