Malaysia
Suspek gangguan seksual di MRT diburu polis

Polis Daerah Kajang mengesahkan menerima laporan mengenai video tular memaparkan kejadian gangguan seksual di Gate A MRT Laluan Kajang.
Ketua Polis Daerah Kajang, Naazron Abdul Yusof, berkata video berdurasi 23 saat itu mula tersebar pada Khamis sekitar jam 9 pagi.
Siasatan awal mendapati seorang lelaki dipercayai terlibat berdasarkan rakaman tersebut, dan usaha mengesannya sedang dijalankan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.




