Malaysia
Kurangkan retorik, rundingan damai kaedah terbaik selesaikan konflik – Tun M

Tun Dr Mahathir Mohamad, menegaskan beliau tidak pernah menyokong peperangan dan menolak idea pembunuhan sebagai jalan penyelesaian konflik.
Menurutnya, terdapat pelbagai kaedah lain yang lebih baik seperti rundingan, timbang tara dan proses mahkamah yang mampu mengurangkan kehilangan nyawa, kerosakan harta benda serta kos.
Tokoh yang dikenali sebagai anti-perang itu berkata konflik sepatutnya diselesaikan melalui pendekatan rasional dengan mengurangkan retorik dan mengambil tindakan segera tanpa kekerasan.
Bekas Perdana Menteri itu turut menegaskan rundingan aman adalah kaedah terbaik, sambil menyeru semua pihak menghentikan peperangan dengan segera.




