Dunia

Bukan misil di Asia Barat, ini kelibat Artemis II berlepas ke angkasa dirakam penumpang pesawat

Pelancaran Artemis II pada Rabu lepas bukan sahaja disaksikan di lokasi pelancaran, malah turut dirakam secara tidak sengaja oleh penumpang dalam sebuah pesawat.

Menerusi video tular di X, roket tersebut dilihat berlepas dari tingkap kapal terbang dengan jejak asap panjang di udara.

Dalam masa sama, ada juga individu yang berkongsi pengalaman melihat pelancaran itu dari rumah kerana cahayanya jelas kelihatan dari jauh.

Rata-rata netizen menganggap detik itu sebagai pengalaman sangat jarang berlaku.

Pelancaran ini turut mencuri perhatian dunia kerana ia merupakan antara misi berawak oleh NASA yang dinantikan selepas sekian lama.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker