Dunia

Lebih 1,000 penerbangan dibatalkan, 12,000 ditunda ketika musim cuti

Perjalanan udara di Amerika Syarikat berdepan gangguan besar sepanjang tempoh sibuk perjalanan Hari Easter.

Lonjakan jumlah penumpang sempena musim percutian ini memberi tekanan kepada lapangan terbang utama dengan lebih 5,600 penerbangan ditunda manakala hampir 500 lagi dibatalkan pada Ahad.

Keadaan menjadi lebih teruk pada hari sebelumnya, iaitu Good Friday, apabila lebih 7,000 penerbangan lewat dan sekitar 550 dibatalkan.

Gangguan sebenarnya sudah bermula lebih awal pada Khamis, dengan lebih 8,400 ditunda dan lebih 1,000 dibatalkan, menjadikannya hari paling teruk sepanjang tempoh tersebut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker