Dunia

Tanah runtuh landa China, 13 maut dan 3 masih hilang

kejadian tanah runtuh di wilayah Jiangxi, timur China menyebabkan 13 orang maut manakala tiga lagi masih hilang akibat Taufan Saudel.

Menurut laporan, kejadian utama di Kampung Mingkeng meragut 12 nyawa dan menyebabkan seorang lagi hilang, manakala seorang lagi maut dalam tanah runtuh berasingan di Zuo’an dan Tanghu, dengan dua mangsa masih hilang.

Tambahan, lebih 170 anggota penyelamat dikerahkan ke lokasi bagi mencari mangsa yang dipercayai tertimbus di bawah runtuhan lumpur. Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan.

Susulan hujan lebat itu menyebabkan beberapa kawasan menghentikan pengangkutan, operasi sekolah dan aktiviti pekerjaan.

Bencana itu turut berlaku ketika rantau Himalaya berdepan banjir glasier bulan lalu yang mengorbankan sekurang-kurangnya 43 orang di Tibet dan lebih 1,300 di Nepal.

Pakar memberi amaran perubahan iklim boleh mempercepatkan pencairan glasier dan meningkatkan risiko cuaca ekstrem serta bencana alam.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker