PMR 2026 Perak catat rekod pengunjung tertinggi, lebih 300,000 singgah

Program MADANI Rakyat (PMR) 2026 Perak mencatat kehadiran 303,222 pengunjung, sekali gus rekod tertinggi sejak penganjurannya pada 2024.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, berkata program bertemakan Bandar Lestari, Rumah Berkualiti, Komuniti Harmoni itu turut merekodkan jualan hampir RM1 juta walaupun berdepan cabaran cuaca.
Menurutnya, sambutan memberangsangkan itu membuktikan keberkesanan inisiatif kerajaan mendekati rakyat, selain memberi manfaat ekonomi kepada peniaga kecil serta membantu mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Antara tarikan utama termasuk karnival kerjaya, perkhidmatan penukaran minyak enjin, gunting rambut serta program pertukaran topi keledar.
PMR sebelum ini berjaya dilaksanakan di lapan negeri sepanjang 2025, manakala edisi Perak pada awalnya menyasarkan sekitar 100,000 pengunjung.




