Trump ugut ‘langgar’ bot Iran yang cuba pertahan Selat Hormuz

Presiden Donald Trump memberi amaran keras kepada bot-bot milik Iran yang cuba mencabar sekatan laut ketika Amerika Syarikat mula mengatur langkah untuk mengambil alih Selat Hormuz.
Trump berjanji akan memusnahkan serta-merta bot Iran yang berada di perairan tersebut.
Sekatan itu diumumkan pada Ahad selepas Naib Presiden JD Vance pulang dari pertemuan dengan pegawai Iran di Pakistan tanpa mencapai sebarang persetujuan untuk menamatkan perang.
Menurut Vance, rundingan sebenarnya telah memberi banyak tawaran kepada Iran, namun gagal mencapai kata sepakat.
Beliau turut menegaskan bahawa Washington mahu mengawal uranium diperkaya milik Iran serta memastikan wujud mekanisme pemantauan yang ketat bagi menghalang negara itu daripada membangunkan senjata nuklear pada masa depan.




