Malaysia
Agong akan tentukan sendiri ketua baharu SPRM, larang isu ini dipolitikkan

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, telah menitahkan bahawa baginda sendiri akan menentukan calon seterusnya untuk mengetuai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Baginda turut menegaskan bahawa tiada mana-mana pihak perlu mempolitikkan perkara tersebut.
Sultan Ibrahim berkata jawatan itu amat penting bagi memastikan SPRM terus berfungsi dengan berkesan sebagai institusi utama negara dalam memerangi rasuah, pecah amanah dan salah guna kuasa.




