Malaysia

Siti Nurhaliza rasmi jadi Ikon Keselamatan Jalan Raya JPJ

Siti Nurhaliza dilantik secara rasmi sebagai Ikon Keselamatan Jalan Raya oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sempena Karnival Jom Heboh X Mega JPJ MADANI 2026.

Siti berkata pelantikan itu adalah satu tanggungjawab besar dan beliau akan menggunakan platform sebagai selebriti untuk menyebarkan mesej keselamatan jalan raya kepada masyarakat.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa memakai tali pinggang keledar serta menjaga keselamatan diri dan anak-anak ketika berada di jalan raya.

Katanya, pengalaman pernah terlibat dalam insiden jalan raya membuatkan beliau lebih memahami pentingnya langkah pencegahan.

Menurut JPJ, pemilihan Siti dibuat berdasarkan pengaruh, kredibiliti dan penerimaan luas masyarakat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker