Malaysia

HASiL kesan RM3.5 bilion pendapatan tak lapor, 38,906 pembayar cukai tampil buat pengakuan

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia mendedahkan sebanyak RM3.5 bilion pendapatan tidak dilaporkan berjaya dikesan hasil semakan data e-Invois.

Menurut kenyataan rasmi, pendekatan “nudging” yang dilaksanakan HASiL telah mendorong seramai 38,906 pembayar cukai tampil mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP). Daripada jumlah itu, sebanyak RM760.7 juta cukai dikenal pasti perlu dibayar kepada kerajaan.

Dalam masa sama, HASiL memberi amaran bahawa tindakan audit dan penguatkuasaan akan dikenakan terhadap pembayar cukai yang masih gagal mengemukakan BNCP.

Bagi memperkukuh pematuhan, HASiL turut melaksanakan Operasi Semakan Pematuhan e-Invois Peringkat Nasional dari 20 hingga 24 April 2026 di seluruh negara.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker