Malaysia
Pemandu van sekolah ditahan kerana memandu lawan arus

Polis mengesahkan pemandu van sekolah yang tular dalam video kerana memandu melawan arus ketika hujan telah ditahan bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Hadzrat Hussien Mion Hussain berkata, lelaki berusia 64 tahun itu ditahan selepas hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian untuk memberikan keterangan.
Menurutnya, polis mengesan video kejadian yang dimuat naik di laman Facebook Geng Pontian pada jam 7.55 pagi tadi.
Insiden itu berlaku semalam pada jam 2.03 petang di laluan susur masuk persimpangan Jalan Pontian Utama di Kilometer 55.9 Jalan Pontian, Johor.




