Malaysia

Pemandu lori maut selepas motosikal rempuh Myvi di Kemaman

Seorang pemandu lori maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah Perodua Myvi dalam kejadian di Kilometer 158, Jalan Kuala Terengganu–Kuantan dekat Kemaman, kira-kira jam 4.20 petang semalam.

Mangsa, Zulkarnain Rawi, 51, dari Kampung Chendor Baru, Kuantan, Pahang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan anggota badan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Razi Rosli berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal mangsa merempuh Perodua Myvi dipandu seorang lelaki warga emas berusia 78 tahun yang keluar dari simpang berhampiran Pusat Dialisis Buah Pinggang menuju Bandar Chukai.

Menurut beliau, mangsa dipercayai meneruskan perjalanan ketika lampu isyarat hijau sedang berkelip sebelum gagal mengelak kereta terbabit lalu melanggarnya. Pemandu Myvi hanya cedera ringan dan menerima rawatan di Hospital Kemaman, manakala mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik hospital sama untuk bedah siasat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker