Malaysia
Rafizi, Nik Nazmi umum hala tuju politik baharu Ahad ini

KUALA LUMPUR — Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad akan mengumumkan hala tuju politik baharu mereka pada Ahad ini.
Rafizi, bekas Menteri Ekonomi berkata, tempoh setahun lalu memberi ruang kepada beliau dan Nik Nazmi untuk meneliti pelbagai pandangan, pertimbangan serta faktor sebelum membuat keputusan mengenai langkah politik seterusnya.
Pengumuman akan dibuat dalam satu acara terbuka kepada orang ramai di PJ Performing Arts Centre, One Utama E, Bandar Utama, Petaling Jaya dari jam 2 petang hingga 5 petang




