Malaysia

Pasport Malaysia baharu dengan 94 ciri keselamatan mula 1 Jun

Jabatan Imigresen Malaysia akan mula mengeluarkan pasport baharu bermula 1 Jun ini dengan 94 ciri keselamatan baharu, berbanding 49 sebelum ini.

Ketua Pengarah Imigresen, Zakaria Shaaban berkata, penambahbaikan itu dibuat bagi menjadikan pasport lebih selamat dan sukar dipalsukan.

Fasa pertama pengeluaran melibatkan Putrajaya, Jalan Duta, UTC Wangsa Maju dan Shah Alam, sebelum diperluaskan ke seluruh negara pada Julai nanti.

Antara ciri baharu diperkenalkan termasuk hologram dipertingkatkan, cetakan ultraviolet, elemen visual tersembunyi dan teknologi anti-pemalsuan khas.

Namun pasport lama masih boleh digunakan jika sah lebih enam bulan, serta diingatkan penggunaan gambar AI untuk permohonan pasport tidak dibenarkan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker