Malaysia

Bukan sekadar jahit tuala wanita, Taylor’s University bantu wanita B40 bangkit dari isu kemiskinan haid

Satu program komuniti di PKNS Taman Dato’ Harun, Petaling Jaya, diperkenalkan untuk menangani isu kemiskinan haid dalam kalangan wanita B40 melalui pendekatan kemahiran dan pendidikan.

Inisiatif ini diterajui oleh Dr Sharala Subramaniam dari Taylor’s University dengan fokus kepada penyelesaian jangka panjang, bukan sekadar bantuan sementara.

Program ini turut melibatkan kerjasama Taylor’s University Eradicating Poverty Impact Lab serta beberapa pertubuhan Rotary.

Peserta dilatih secara praktikal dalam penghasilan pad pakai semula, daripada pemilihan kain hingga proses jahitan lengkap, yang menghasilkan kira-kira 1,000 unit dalam fasa pilot.

Selain membantu menjimatkan kos, program ini turut membuka perbincangan tentang kesihatan haid dalam komuniti serta bertujuan memartabatkan maruah dan keyakinan diri wanita.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker