Sebar video lucah bekas suami, wanita didenda RM2,800

Seorang wanita didenda RM2,800 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh pada Isnin selepas mengaku bersalah memiliki dan menyebarkan gambar serta video lucah yang membabitkan bekas suaminya bersama seorang wanita lain pada Disember tahun lalu.
Tertuduh, Puteri Norfatimah Ishak, 25, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nur Afiqah Radhiah Zainurin.
Berdasarkan fakta kes, pengadu menerima rakaman video berkenaan daripada kakaknya yang dihantar menggunakan nombor telefon dipercayai milik tertuduh. Video itu didakwa memaparkan pengadu sedang melakukan hubungan seks dengan bekas suami wanita tersebut.
Tertuduh turut didakwa menyebarkan video tersebut kepada beberapa ahli keluarga terdekat pengadu. Susulan itu, pengadu membuat laporan polis kerana berasa teraniaya dengan tindakan berkenaan.




