Malaysia garis 4 keutamaan lindungi warisan Audiovisual Asia Pasifik

Menteri Perpaduan Negara, Aaron Ago Dagang mengumumkan empat keutamaan strategik bagi memperkukuh pemeliharaan arkib audiovisual semasa merasmikan Persidangan Ke-30 Southeast Asia-Pacific Audiovisual Archive Association (SEAPAVAA) 2026.
Empat keutamaan itu ialah mempercepatkan pendigitalan koleksi lama, memanfaatkan AI secara bertanggungjawab, memperluaskan akses awam dan penglibatan komuniti, serta mengukuhkan kerjasama serantau dan antarabangsa.
Menurut Aaron, arkib audiovisual memainkan peranan penting dalam memelihara memori, identiti budaya dan sejarah masyarakat.
Beliau turut menegaskan bahawa teknologi seperti AI dan sistem penyimpanan awan mampu membantu melindungi serta memudahkan akses kepada bahan warisan digital.
Persidangan bertemakan ‘Redefining Audiovisual Archives: Relevancy, Technology and Unity’ itu menghimpunkan arkivis, akademik dan pembuat dasar dari seluruh rantau Asia Pasifik.




