Malaysia
Warga emas mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan merogol cucu

Seorang lelaki berusia 79 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu semalam atas lima pertuduhan membabitkan cucu perempuannya yang berusia 13 tahun.
Tertuduh berdepan empat pertuduhan merogol mangsa serta satu pertuduhan melakukan serangan seksual menggunakan objek. Kesemua kejadian didakwa berlaku di dalam sebuah bilik tidur di sebuah rumah di Bachok, Kelantan.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol mangsa pada 11 Januari, 24 Mac, 9 Mei dan 4 Jun tahun ini.
Hakim Zulkifli Abdullah menolak permohonan jaminan atas faktor keselamatan mangsa dan menetapkan 19 Julai untuk sebutan semula kes serta serahan dokumen.




